Pages

Sunday, January 26, 2014

Cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung/baju melayu/baju cekak musang...

Assalamualaikum...

Cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung/baju melayu/baju cekak musang...


Pheww....!!! Dah lama sangat rasanya aku tak buat tutorial yang berkaitan dengan bidang jahitan ni, kan..? So, kali ni aku nak kongsikan cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung dan yang sewaktu dengannya.. Phewww lagi sekali sebab susahnya la haiihhh nak melukis.. 


Pola lubang leher ni juga dipanggil bulan untuk leher bagi sesetengah tukang jahit.. Selalunya orang belah selatan iaitu Johor yang panggil macam tu.. Mungkin sebab bentuk pola tu macam bentuk bulan separuh, tu yang dipanggil macam tu kot.. 


Okay, mari kita mulakan pengiraan dulu ya.. Sebelum nak lukis pola lubang leher ni, kena la ambil dulu ukuran untuk keliling leher tu. Masa ukur guna pita pengukur tu, masukkan satu jari ke dalam lilitan pita dan catit ukuran yang dikehendaki...


Contoh ukuran untuk buat pola keliling leher.. Sila rujuk pada gambar step by step ya..

Keliling leher: 16 1/2 inci dibahagi 6 = 2.75 inci (Jika ukuran keliling leher 15 inci, pun bahagi 6 jugak..)


Mula-mula buat garisan asas macam ni kat atas manilakad atau kertas yang tebal sikit macam kertas kotak tisu tu... Nak lukis atas kad raya yang lama-lama tu pun boleh.. Jangan guna kertas yang terlalu tebal..


Kemudian buatkan garisan empat segi sama seperti dalam gambar mengikut ukuran yang dah kita catitkan tadi iaitu 2.75 inci..


Lepas tu, naikkan 3/4 inci di bahagian atas garisan bahu dan turunkan 3/4 inci juga di bahagian bawah. Rujuk gambar.. *Ada orang cuma naikkan 1/2 inci kat bahagian atas tu.. Terpulang pada keselesaan si pemakai..


Akhir sekali, bentukkan garisan separa bulat seperti dalam gambar.. Boleh guna peralatan geometri yang ada dan kemudian ukur garisan melengkung tersebut.


Sebelum potong kertas pola leher tu, ukur dulu garisan melengkung tersebut dengan menggunakan pita pengukur. Caranya ialah dengan menegakkan pita pengukur tadi menyusuri lengkungan secara perlahan-lahan.. Pastikan ukuran melengkung tu sama dengan ukuran keliling leher tadi iaitu 16 1/2..


Ni contoh cara nak ukur pola lubang leher tapi yang ni saiz lubang leher dia 14 inci dan dah siap potong.. Malas nak buat yang baru.. hehh..


Okay, setakat ni dulu ya.. Panjang umur kita jumpa lagi dalam bab lain pulak.. Itupun jika aku rajin la nak buat tutorial semua ni.. hehh... Seperti biasa, sila klik pada gambar jika inginkan gambaran yang lebih jelas..


Dan gambar kat bawah ni yang aku buat sebelum aku crop dan jadikan separuh bulatan.. Aku tak reti nak melukis.. huhuhu.. So, aku buat je la mana yang terfikir dek akal.. Yang penting jadi.. hehehe..




p/s: Dan klik la sekali iklan yang keluar tu.. Terima kasih ya.. hehh....

15 comments:

  1. Tq cik azz sudi bekongsi ilmu..nk tny ukuran 3/4 y dinaikn dgn turunkn dr garisan bahu tu mmg standard ke?

    ReplyDelete
  2. jujette..

    Ukuran 3/4 yang dinaikkan kat bahu tu boleh digantikan dengan 1/2 bergantung pada saiz badan si pemakai.. Manakala ukuran 3/4 yang diturunkan tu adalah ukuran standard..

    p/s: Terima kasih sudi singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  3. Waaahhh..,bgusnye jumpe tuto ni.tq kpda cik blogger y sudi share

    ReplyDelete
  4. Hehe..sgt bermanfaat utk sy yg baru bertatih menjahit ni..terima kasih cik blogger ;)

    ReplyDelete
  5. Asslm kak..nk tanya...klo nk cantum badan ke lengan, bhgn tgh lengan tu nk letak dkt mana? dkt bhgn garisan bahu? atau pun dkt garisan yang dinaikkan 3/4 inci tu?

    ReplyDelete
  6. Mija Iri:

    Waalaikumussalam..

    Cantum bahagian tengah lengan tu pada bahagian bahu.. Gosok kemas badan dan lengan untuk dapatkan garisan, lepas tu boleh la cantumkan..

    ReplyDelete
  7. Armila Style dan Rafifah Nor:

    Sama-sama dan terima kasih kembali.. Moga berjaya dalam pembelajaran dan pembuatan jahitan ni ya.. Jangan putus asa tau.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...Untuk bulan lelaki sama ke caranya...3/4 n 1/2 bgantung pd pmakai mcm mana tu ...saiz besar atau kurus ke..

    ReplyDelete
  9. Said Muhib:

    Waalaikumussalam.

    Caranya sama. Betul la tu, bergantung pada si pemakai. Kalau kurus, biasanya guna 1/2 inci tapi kalau besar atau gemuk, sebab tengkuk berbonggol, biasanya guna 3/4 inci ataupun 1 inci.

    Baju melayu lelaki biasanya ada papan bahu macam baju kemeja. Baru selesa sikit nak pakai terutamanya jika berbadan besar/gemuk. Kalau kurus, potong macam baju kurung perempuan pun takpe. Tapi terpulang pada pemakai jugak. Kalau si pemakai tu selesa dengan baju melayu potongan biasa, boleh je guna cara ni.

    ReplyDelete
  10. sblm potong kene ukur stgh moon tu atau full moon tu sis.klau tak sama dgn saiz lilit leher mcmne..

    ReplyDelete
  11. Mohd Shah:

    Sebelum potong, ukur half moon tu dulu. InsyaAllah cukup ukuran tu jika betul cara kita ambil atau potong.

    ReplyDelete
  12. Terbaik...akhirnya saya faham Cara ukuran...setelah test berjaya jua...

    ReplyDelete
  13. AlyaJuanda- Langkawi Cupcakes:

    Alhamdulillah. Berjaya jugak akhirnya. Moga terus sukses ya. Benda macam ni kena rajin try and error. Tak boleh mudah putus asa. :)

    ReplyDelete
  14. Salam kalau ukuran baju budak.. Utk dapat kan ukuran leher tu ukur lilitan kepala atau leher. Formula nya mcamn.

    ReplyDelete
  15. Salam nak tnye .... sye confius sikit sbb ada buat ukuran leher tu bahagi 2 dan ada yg 6 .. yg mne stu yg ok ye ... knpe kne bahagi 6 ye ?

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^